Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

WELCOME TO NEWBIE 2.0 : WE REACH YOU

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

 

Unit Sokongan Penyelidikan & Rujukan Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan Program Welcome to Newbie 2.0 We Reach You 2024. Program ini dijalankan khusus kepada kakitangan baharu UiTM Cawangan Kedah yang melapor diri pada April 2023 sehingga Mac 2024. Program dilaksanakan di Smart Classroom (C9) pada 21 Mac 2024 jam 9 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi.

Terdapat beberapa penerangan dalam sesi ini iaitu:

  • Library MobileApps

            -Library tools

            -My Knowledge Management (MyKM)

  • Online Public Access Catalog (OPAC)

            -Pencarian bahan perpustakaan

            -Cadangan bahan bacaan

  • Kaunter Rujukan/Chat with Librarian

            -Fungsi

            -Waktu operasi

  • Information Literacy Program (ILP)

            -Khusus untuk pelajar semester 1 (ILP)

            -Kelas Kemahiran Maklumat dan modulnya

            -Cara membuat tempahan

  • Keperluan Pensyarah – PRIME, H-index, Paper machine, Pengaktifan akaun Turn It In

 

Kehadiran adalah seramai 25 orang dan sesi tersebut disampaikan oleh Pn. Noor Azlin Abdullah (Pustakawan Kanan), Pn. Mazuriah Ahmad (Pembantu Pustakawan Kanan), Pn. Norismaliza Che Oon (Pembantu Pustakawan Kanan) dan Pn. Noor Azlina Mat Esoff (Pembantu Pustakawan).

Diakhir sesi ini, taklimat berkenaan sistem tempahan bilik perbincngan dikongsikan secara ringkas oleh En. Mohd Amiruddin Mohd Nasir (Pustakawan Kanan). Program berjalan lancar dengan setiap staf yang hadir telah berjaya memahami serta berjaya akses kepada perkara yang disampaikan.


Chat with Librarian: https://bit.ly/2UQ1Aa2
Official Web: https://kedah.library.uitm.edu.my/


Follow & Like Us:
Perpustakaan Sultan Badlishah
Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Tiktok


#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa