Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

SejarahPerpustakaanSultan BadlishahUiTM Cawangan Kedah

Image
Image

LATAR BELAKANG

Pada 3 Jun 1994, Institut Teknologi MARA telah membina kampus cawangannya yang ke-11 di Kedah Darul Aman. Kampus ini terletak di atas tanah seluas 350 ekar di Mukim Bujang (di antara Pekan Semeling dan Pekan Merbok) iaitu kira-kira 14 kilometer dari bandar Sungai Petani. Ianya adalah salah satu projek pembangunan Rancangan Malaysia ke-6 berjumlah RM38.4 juta dan mula dibuka pada 1 Oktober 1997 yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Paduka Daim Zainuddin, Menteri Kewangan 1 dan Tugas-tugas Khas pada November 1999. Pengambilan pertama pelajar pada sesi November 1997 seramai 162 orang pelajar bagi kursus peringkat diploma. ITM Cawangan Kedah memulakan operasi dengan 25 orang staf perintis. Kelengkapan yang disediakan adalah 13 bilik kuliah, 2 buah makmal komputer, sebuah blok pentadbiran, sebuah blok asrama dan dewan makan, sebuah perpustakaan (sementara), sebuah dewan mini dan kantin.


لاتر بلاكڠ

ڤد 3 جون 1994، اينستيتوت تيكنولوڬي مارا تله ممبينا كمڤوس چاوڠنڽ يڠ ك-11 د قدح دارول امان. كمڤوس اين ترلتق د اتس تانه سلواس 350 ايكار د مقيم بوجڠ ﴿د انتارا ڤكن سمليڠ دان ڤكن مربوك﴾ ايايت كيرا-كيرا 14 كيلوميتر دري بندر سوڠاي ڤتاني. اياڽ اداله ساله ساتو ڤروجيك ڤمباڠونن رانچڠن مليسيا ك-6 برجومله رم38.4 جوت دان مولا دبوك ڤد 1 اوكتوبر 1997 يڠ تله دراسميكن اوليه يب داتوء' ڤدوك دائم زاينوددين، منتري كواڠن 1 دان توڬس-توڬس خاص ڤد نوۏيمبر 1999. ڤڠامبيلن ڤرتام ڤلاجر ڤد سيسي نوۏيمبر 1997 سراما 162 اورڠ ڤلاجر باڬي كورسوس ڤريڠكت ديڤلوما. اتم چاوڠن قدح ممولاكن اوڤراسي دڠن 25 اورڠ ستاف ڤرينتيس. كليڠكاڤن يڠ دسدياكن اداله 13 بيليق كليه، 2 بواه معمل كومڤوتر، سبواه بلوك ڤينتادبيران، سبواه بلوك اسراما دان ديوان ماكن، سبواه ڤرڤوستاكان ﴿سمنتارا﴾، سبواه ديوان ميني دان كنتين.
Image
Image
Image

PENGENALAN PERPUSTAKAAN

Perpustakaan ITM Cawangan Kedah mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 di aras bawah Blok Akademik untuk sementara kerana bangunan tetap perpustakaan sedang dalam pembinaan. Perpustakaan beroperasi di bawah pengurusan seorang Pustakawan, 2 orang Pembantu Perpustakaan, seorang Kerani, seorang Pelayan Perpustakaan dan seorang Pembantu Operasi. Perkhidmatan dan pengoperasian perpustakaan adalah secara manual dan antara perkhidmatan yang disediakan adalah pinjaman dan pemulangan buku, rujukan majalah dan akhbar. Kemudahan dan fasiliti perpustakaan amat terhad sekali, penyediaan bahan bacaan dan rujukan adalah bagi 4 fakulti ketika itu iaitu Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pentadbiran dan Undang-undang, Fakulti Perakauanan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Pada tahun 2000, Perpustakaan UiTM Kedah telah menerima 2 orang lagi Pustakawan sebagai persediaan perancangan pengoperasian di bangunan baharu.


ڤڠنلن ڤرڤوستاكان

ڤرڤوستاكان اتم چاوڠن قدح مولا بروڤرسي سڤنوهڽ ڤد تاهون 1998 د ارس باوه بلوك اكادميك اونتوق سمنتارا كران باڠونن تتڤ ڤرڤوستاكان سداڠ دالم ڤمبينأن. ڤرڤوستاكان بروڤرسي د باوه ڤڠوروسن سأورڠ ڤوستاكوان، 2 اورڠ ڤمبنتو ڤرڤوستاكان، سأورڠ كراني، سأورڠ ڤلاين ڤرڤوستاكان دان سأورڠ ڤمبنتو اوڤراسي. ڤرخدمتن دان ڤڠوڤرسيان ڤرڤوستاكان اداله سچارا مانوال دان انتارا ڤرخدمتن يڠ دسدياكن اداله ڤينجامن دان ڤمولڠن بوكو، رجوكن مجله دان اخبار. كموداهن دان فاسيليتي ڤرڤوستاكان امت ترحد سكالي، ڤڽديان باهن باچان دان رجوكن اداله باڬي 4 فاكولتي كتيك ايت ايايت فاكولتي ڤڠوروسن ڤرنياڬان، فاكولتي ڤينتادبيران دان اوندڠ-اوندڠ، فاكولتي ڤراكاوانان دان فاكولتي كجوروترأن ميكانيكال. ڤد تاهون 2000، ڤرڤوستاكان يو اي تي عيم قدح تله منريما 2 اورڠ لاڬي ڤوستاكوان سباڬاي ڤرسديان ڤرانچڠن ڤڠوڤرسيان د باڠونن بهارو.

PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH

Apabila bangunan perpustakaan yang baharu dan tetap telah siap sepenuhnya, perpustakaan telah berpindah dan beroperasi di bangunan baharu pada pertengahan bulan Julai 2001. Bangunan perpustakaan ini adalah dua setengah tingkat yang berkeluasan 2,772 meter persegi. Bangunan Baharu ini boleh memuatkan seramai 750 orang pengguna pada satu-satu masa.

Bangunan perpustakaan baharu ini dilengkapi perabot baru seperti meja dan kerusi pengguna perpustakaan, kaunter utama perpustakaan, rak dan lain-lain keperluan. Perabot dan kaunter dari perpustakaan lama turut dipindahkan ke bangunan yang baharu. Perpustakaan juga dilengkapi dengan 50 buah komputer bagi kemudahan pengguna perpustakaan dan pengambilan kakitangan baharu juga telah dibuat. Perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan telah dipertingkatkan.

 

Pada akhir tahun 2002, bangunan perpustakaan telah dinamakan Perpustakaan Sultan Badlishah bersempena nama Al Marhum Sultan Badlishah ibni Al Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke 27. Penamaan bangunan ini telah diperkenankan oleh Al Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Nama Perpustakaan Sultan Badlishah telah dicadangkan oleh Ketua Perpustakaan iaitu Puan Azizah Khasim kerana Rektor kampus Dr. Zaleha pada ketika itu berhasrat untuk bangunan Perpustakaan Sultan Badlishah dirasmikan oleh Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Namun hasrat tersebut tidak kesampaian kerana beberapa perkara berkaitan prosedur perasmian bangunan yang tidak membenarkan. Sehingga kehari ini bangunan Perpustakaan Sultan Badlishah tidak pernah dirasmikan. Namun terus memberi penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna perpustakaan dan terus menjaga nama baik Al Marhum Sultan Badlishah ibni Al Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah sepertimana amanat Al Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

 

Perpustakaan telah menambahbaik pengurusannya dengan menggunakan sistem pengurusan berkomputer iaitu Integrated Library Management Utilities (ILMU) pada tahun 2002 dan terus menaiktaraf sistem pengurusan perpustakaan kepada Web Integrated Library System (WILS) pada tahun 2018 sehingga kini.

ڤرڤوستاكان سلطان بدليشاه

اڤابيلا باڠونن ڤرڤوستاكان يڠ بهارو دان تتڤ تله سياڤ سڤنوهڽ، ڤرڤوستاكان تله برڤينده دان بروڤرسي د باڠونن بهارو ڤد ڤرتڠهن بولن جولاي 2001. باڠونن ڤرڤوستاكان اين اداله دوا ستڠه تيڠكت يڠ بركلواسن 2،772 ميتر ڤرسڬي. باڠونن بهارو اين بوليه ممواتكن سراما 750 اورڠ ڤڠڬونا ڤد ساتو-ساتو ماس.
باڠونن ڤرڤوستاكان بهارو اين دلڠكڤي ڤرابوت بارو سڤرتي ميجا دان كروسي ڤڠڬونا ڤرڤوستاكان، كاونتر اوتام ڤرڤوستاكان، رق دان لاين-لاين كڤرلوان. ڤرابوت دان كاونتر دري ڤرڤوستاكان لاما توروت دڤيندهكن ك باڠونن يڠ بهارو. ڤرڤوستاكان جوڬ دلڠكڤي دڠن 50 بواه كومڤوتر باڬي كموداهن ڤڠڬونا ڤرڤوستاكان دان ڤڠامبيلن كاكيتاڠن بهارو جوڬ تله دبوات. ڤرخدمتن دان كموداهن ڤرڤوستاكان تله دڤرتيڠكتكن.

ڤد اخير تاهون 2002، باڠونن ڤرڤوستاكان تله ديناماكن ڤرڤوستاكان سلطان بدليشاه برسمڤنا نامالمرحوم سلطان بدليشاه ابنالمرحوم سلطان عبدالحميد حاليم شه، سلطان قدح يڠ ك 27. ڤنمءن باڠونن اين تله دڤركننكن اوليهالمرحوم سلطان عبدالحاليم مو'اذم شه. نام ڤرڤوستاكان سلطان بدليشاه تله دچادڠكن اوليه كتوا ڤرڤوستاكان ايايت ڤوان عزيزه خاصيم كران ريكتور كمڤوس دوكتور زاليها ڤد كتيك ايت برحسرت اونتوق باڠونن ڤرڤوستاكان سلطان بدليشاه دراسميكن اوليه سلطان عبدالحاليم مو'اذم شه. نامون حسرت ترسبوت تيدق كسمڤاين كران ببراڤ ڤركارا بركاءيتن ڤروسيدور ڤراسمين باڠونن يڠ تيدق ممبنركن. سهيڠڬ كهري اين باڠونن ڤرڤوستاكان سلطان بدليشاه تيدق ڤرنه دراسميكن. نامون تروس ممبري ڤڽامڤاين ڤرخدمتن يڠ ترباءيق كڤد ڤڠڬونا ڤرڤوستاكان دان تروس منجاڬ نام باءيقالمرحوم سلطان بدليشاه ابنالمرحوم سلطان عبدالحميد حاليم شاه سڤرتيمان امانتالمرحوم سلطان عبدالحاليم مو'اذم شه.

ڤرڤوستاكان تله منمبهباءيق ڤڠوروسنڽ دڠن مڠڬوناكن سيستم ڤڠوروسن بركومڤوتر ايايت اينتڬراتد ليبراري مانڬيمينت اوتيليتيايس ﴿علمو﴾ ڤد تاهون 2002 دان تروس مناءيقتارف سيستم ڤڠوروسن ڤرڤوستاكان كڤد ويب اينتڬراتد ليبراري شستيم ﴿ويلس﴾ ڤد تاهون 2018 سهيڠڬ كيني.