Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

BENGKEL TATACARA PENGGUNAAN PAPER MACHINE DAN TURNITIN BAGI STAF UiTM CAWANGAN KEDAH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Bengkel ini telah berjalan pada 16 Julai 2024 (selasa) bermula dari 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari di Bilik Seminar Kaunseling, UiTM Cawangan Kedah. Bengkel ini telah dihadiri oleh 16 pensyarah UiTM Cawangan Kedah. Melalui bengkel ini, peserta diberikan pendedahan terhadap teknik dan kaedah penulisan menggunakan Paper Machine kepada pensyarah. Program ini seterusnya dapat meningkatkan penerbitan dikalangan pensyarah UiTM Cawangan Kedah.

Paper Machine merupakan satu inisiatif yang dibangunkan atas kerjasama mantan Naib Canselor UiTM, Bahagian Bahagian Transformasi Universiti, dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Selain itu, penceramah juga telah berkongsikan teknik serta persoalan yang sering diajukan mengenai penggunaan Turnitin kepada para peserta yang hadir. Turnitin merupakan satu perkhidmatan yang membantu mengenalpasti tahap peratus kesamaan bahan yang dihasilkan. Turnitin dilanggan oleh UiTM untuk membantu pensyarah menyemak keaslian bahan tugasan yang dihantar oleh pelajar.

Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini bermanfaat dan dapat meningkatkan motivasi warga penyelidik dalam menerbitkan artikel serta bahan penulisan dengan lebih mudah. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan bilangan penerbitan staf UiTM Cawangan Kedah. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam bengkel ini.

 

Chat with Librarian: https://bit.ly/2UQ1Aa2
Official Web: https://kedah.library.uitm.edu.my/

Follow & Like Us:
Perpustakaan Sultan Badlishah
Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Tiktok

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaansultanbadlishah
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa