Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

PROGRAM BOOK WALK DAY 2024

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Unit Perkhidmatan Perpustakaan telah menganjurkan Program Book Walk Day 2024 pada 07 Mac 2024 bertempat di ruang Library Community Engagement Area (LCE), Perpustakaan Sultan Badlishah. Program ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Amiruddin Bin Mohd Nasir, Pustakawan Kanan serta turut dibantu oleh staf Perpustakaan iaitu Puan Hamidah Mohd, Encik Shazmie Huzni dan Puan Noor Azlina Mat Esoff. Program ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan dan promosi perkhidmatan perpustakaan kepada warga UiTM Cawangan Kedah. Secara ringkasnya program ini adalah satu inisiatif untuk mencapai objektif berikut:-

  • Untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan warga UiTM Kedah.
  • Untuk memupuk minat dan amalan membaca di kalangan warga UiTM Kedah melalui pendekatan aktiviti fizikal yang turut dapat meningkatkan tahap kesihatan warga.
  • Untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Kedah.

Program BOOK WALK DAY 2024 disertai 19 orang peserta. Dalam program ini terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan di antaranya sesi warming up, sesi road tour perpustakaan, sesi book walk, dan sesi library walk around. Setiap sesi-sesi tersebut akan ada pecahan permainan berkaitan perpustaakan yang dilakukan secara individu dan kumpulan. Program ini merupakan sebahagian aktiviti yang telah dirangka bertujuan bagi mempromosikan perkhidmatan Perpustakaan Sultan Badlishah penyedia sumber maklumat kepada pengguna serta memberi ruang kepada pengguna bagi mengutarakan sebarang persoalan berkaitan dengan perkhidmatan dan penambahbaikan perkhidmatan yang  telah disediakan. Melalui program seperti ini diharap pengguna perpustakaan akan mendapat manfaat yang optimum dari perkhidmatan yang telah disediakan di Perpustakaan Sultan Badlishah.