Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

PROGRAM LITERASI MAKLUMAT BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LAGUNA MERBOK

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

 

 

Pada tarikh 09 September 2024, Unit Sokongan Penyelidikan (Pengurusan Data Penyelidikan & Pendidikan Pengguna) Perpustakaan Sultan Basdlishah (PSB) UiTM Cawangan Kedah telah mengadakan Program Literasi Maklumat bersama Sekolah Kebangsaan Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah. Program ini telah dijalankan di Pusat Sumber Sekolah pada jam 8.30 hingga 11.00 pagi dan dikendalikan oleh Puan Noor Azlin Abdullah (Pustakawan Kanan), Ketua Unit Sokongan Penyelidikan serta dibantu oleh tiga orang kakitangan yang bertindak sebagai fasilitator iaitu Encik Muhamad Azrul Ayob (Pembantu Pustakawan Tertinggi), Puan Mazuriah Ahmad (Pembantu Pustakawan Kanan) dan Puan Norismaliza Che Oon (Pembantu Pustakawan Kanan) serta dua orang AJK iaitu Encik Zakaria Muhamad (Pembantu Pustakawan Kanan) dan Encik Mohd Rostam Mohamad@Ahmad (Pembantu Pemuliharaan Kanan). Program ini melibatkan penyertaan 70 orang murid serta 5 orang guru penasihat.

Program Speed Reading juga telah dijalankan serentak pada waktu yang sama di bilik tayangan pusat sumber dan dikendalikan oleh Encik Mohd Amiruddin Mohd Nasir (Pustakawan Kanan), serta dibantu oleh tiga orang kakitangan yang bertindak sebagai fasilitator iaitu Puan Hamidah Mohd (Pembantu Pustakawan Kanan), Encik Shazmie Huzni Mohd Sidik (Pembantu Pustakawan Kanan) dan Encik Mohd Amin Zainol (Pembantu Pustakawan) serta dua orang AJK iaitu Encik Faizul Zaman Sebudin (Pembantu Pustakawan Kanan).

Program ini melibatkan penyertaan 30 orang murid yang terdiri dari Pengawas Pusat Sumber sekolah serta 1 orang guru penasihat. Tujuan program ini dijalankan adalah salah satu usaha bagi membentuk jalinan usahasama Perpustakaan Sultan Badlishah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkenaan perkongsian maklumat serta perpindahan pengetahuan bersama pihak sekolah sejajar dengan keperluan berfokus kepada libatsama komuniti. Melalui usaha untuk memberdayakan komuniti dan industri melalui program pemindahan dan perkongsian ilmu, maka program literasi sekolah bergerak seiring pembentukan budaya ilmu dikalangan pelajar-pelajar sekolah.

Chat with Librarian: https://bit.ly/2UQ1Aa2
Official Web: https://kedah.library.uitm.edu.my/

Follow & Like Us:
Perpustakaan Sultan Badlishah
Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Tiktok

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaansultanbadlishah
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa