Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

LAWATAN TEMU MESRA NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
Image
Image
Image
Image
 

UiTM Cawangan Kedah berbesar hati menerima kunjungan Ybhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin FASc pada 3 Mac 2024 bersamaan 22 Syaaban 1445H. Susun atur lawatan telah diakhiri dengan lawatan ke Perpustakaan Sultan Badlishah. Kunjungan ini telah disambut oleh Pn. Azizah Khasim (Ketua Perpustakaan) bersama-sama dengan Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Kedah serta kakitangan perpustakaan.

YBhg. Prof. Datuk telah dibawa melihat galeri pencapaian dan kejayaan perpustakaan hasil dari aktiviti inovasi semenjak penubuhan perpustakaan sehingga kini.

Penerangan dan demonstrasi penggunaan eView iaitu alat bantu pengajaran bagi pelajar OKU penglihatan yang telah berjaya memenangi Juara Keseluruhan Inisiatif Kecemerlangan Operasi (OE) sempena Majlis Kemuncak Bulan Inovasi & Kualiti UiTM 2023 juga turut dibuat. YBhg. Prof. Datuk telah memberi idea penambahbaikan kepada alat tersebut.

YBhg. Prof. Datuk juga mencadangkan pihak PSB untuk mendapatkan koleksi buku-buku tulis jawi dari ulamak-ulamak Kedah dan tokoh-tokoh agama terkenal di Kedah bagi memelihara ilmu yang ada dari hilang begitu sahaja dan pemerkasaan jawi perlu dibuat disemua peringkat.

YBhg. Prof. Datuk juga berbangga dengan hasil kreativiti PSB dalam penggunaan ruang dan hasil kerja kakitangan perpustakaan dalam menjimatkan kos operasi serta telah mencadangkan untuk dipertandingkan di dalam KIK atau Operational Excellent UiTM.

PSB amat berbesar hati atas kunjungan YBhg. Prof. Datuk dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian meluangkan masa beramah mesra serta berkongsi ilmu dan pengalaman.