Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BENCANA REKOD

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

 

Unit Arkib, Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) pada 4 dan 5 Mac 2024, bertempat di Sudut IT PSB. Bengkel PTBR ini telah melibatkan jemputan kepada semua pusat tanggungjawab (PTJ) di kampus UiTM Cawangan Kedah.

 

Bengkel PTBR selama dua hari berkenaan telah dibimbing oleh Puan Atirah Ruslan (Pustakawan Kanan), Puan Rozaini Yahaya (Pembantu Pustakawan Kanan) dan Encik Mohd Rostam Mohammad (Pembantu Pemuliharaan Kanan). Sebanyak 15 PTJ telah hadir di dalam sesi ini mengikut ketetapan tarikh penganjur. Bengkel PTBR telah dimulakan dengan taklimat slaid PTBR dan seterusnya sesi penyediaan data oleh para peserta bengkel. Antara data yang perlu disediakan oleh para peserta sepanjang bengkel berlangsung adalah :-

 

Maklumat 1: Ahli Pasukan Tindakan Bencana Rekod Setiap PTJ

Maklumat 2: Pelan Lantai Yang Mempunyai Rekod Bilik Fail/ Bilik Registry/ Bilik Rekod

Maklumat 3: Kemudahan Yang Disediakan Di Bangunan Ptj Anda

Maklumat 4: Lokasi Penyimpanan Rekod

Maklumat 5: Analisa Risiko

Maklumat 6: Senarai Peralatan Bilik Rekod

Maklumat 7: Details Lokasi Penyimpanan Rekod

 

Para peserta telah berjaya melengkapkan keseluruhan data yang diperlukan sebelum bengkel berakhir. Bengkel PTBR ini telah diakhiri dengan sesi ucapan penutupan oleh Ketua Perpustakaan iaitu Puan Azizah Khasim.

Semoga melalui pelaksanaan sesi bengkel yang telah dianjurkan ini akan dapat membantu para peserta untuk memahami mengenai tujuan penyediaan pelan tindakan bencana rekod. Adalah juga diharapkan melalui pelaksanaan bengkel ini akan turut membantu pihak penganjur menyediakan satu panduan Pelan Bencana Rekod yang komprehensif.